DATUK Seri Adnan Yaakob menyampaikan watikah calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Temerloh, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Kompleks Yayasan Pahang.
- Foto Muhd Asyraf Sawal
- Foto Muhd Asyraf Sawal
KUANTAN: Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin yang dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Temerloh dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lanchang, sudah bersedia memikul amanah termasuk merampas kembali kerusi Parlimen itu.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu percaya keputusan berkenaan sebagai misi merampas Parlimen Temerloh yang dimenangi PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Ini kali pertama BN Pahang meletakkan calon yang sama bagi kerusi DUN dan Parlimen.
Sambil mengakui ia cabaran besar baginya, Ketua UMNO Bahagian Temerloh itu bertekad akan bersungguh-sungguh dan bekerja keras bagi menggalas tanggungjawab itu sebaik mungkin.
"Berdasarkan gerak kerja kita selama lima tahun yang tidak pernah meminggirkan Parlimen Temerloh dan DUN Kuala Semantan serta Mentakab yang kita tewas pada pilihan raya umum lalu, saya yakin kita mampu menang.
"Mungkin pucuk pimpinan ambil kira juga perkara berkenaan dan mereka meletakkan saya kerana status pemimpin 'senior' di Temerloh," katanya.
Beliau ditemui pada majlis pengumuman dan penyerahan watikah calon BN Pahang untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Yayasan Pahang di sini, hari ini.
Sementara itu, Ahli MT UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang memberi kepercayaan kepadanya untuk bertanding semula di Parlimen Bera bagi penggal keempat.
"Kita sudah lama bekerja dan yakin BN mampu menang di Bera, cuma kita tidak boleh beri anggaran jumlah majoriti yang boleh dimenangi," katanya.

No comments:
Post a Comment